Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Keputusan UPSR 2013 Diumumkan 14 November

Keputusan UPSR 2013

KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 November ini.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media memberitahu, terdapat seramai 478,848 calon UPSR pada tahun ini.
“Calon boleh mendapatkan keputusan UPSR daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.
“Calon boleh juga menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui SMS15888,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, perkhidmatan semakan UPSR menggunakan SMS itu akan diaktifkan pada 14 November 2013.
Kata kenyataan itu, perkhidmatan tersebut bermula pukul 10 pagi hingga pukul 11.59 malam 20 November ini. – mynewshub.my
0 Komentar untuk "Keputusan UPSR 2013 Diumumkan 14 November"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info