Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Doktor berjaya buang ketumbuhan 36 kilogram

ketumbuhanPrague: Ketumbuhan seberat 36 kilogram berjaya dibuang dari dalam perut seorang wanita selepas ia membsar selama beberapa tahun.
Ketumbuhan itu menjadi besar kerana pesakit berusia 47 tahun itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan.
Sekumpulan pakar bedah di bandar Zlin berjaya membuang ketumbuhan itu dalam pembedahan tujuh jam.
Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.
Foto
KEADAAN pesakit wanita sebelum doktor membuang ketumbuhan seberat 36 kilogram dalam perutnya.
Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek Adamik berkata, agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit tidak menyedari apa yang berlaku padanya.
“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya.
Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan. – Agensi
0 Komentar untuk "Doktor berjaya buang ketumbuhan 36 kilogram"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info