Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Padah Pos Gambar Muka ‘Wanted’ Di Facebook


Entahkan bodoh atau mungkin juga berlagak tak kena tempat, seorang suspek yang berada dalam senarai dikehendaki mengepos gambar wajahnya sendiri yang diedarkan pihak polis di laman Facebook.

Anthony James Lescowitch Jr, dikehendaki polis susulan kes jenayah pukul dan rompak pada Julai tahun lalu.

Wajahnya disiarkan sebagai suspek yang sedang dicari oleh Jabatan Polis Freeland, Pennsylvania di buletin Facebook polis kira-kira jam 9.20 malam, semalam.

Tiga minit kemudian Anthony mengepos semula gambar tersebut di Facebook peribadi bersama kapsyen ‘lol i f***** love it, A**HOLE’.

Gambar yang dipos semula itu mendapat dua like dan dikomen oleh beberapa kawannya termasuk yang mengucapkan selamat berjaya.

Pegawai penyiasat, TJ Rentschler kemudiannya menyamar sebagai wanita jelita yang tertarik dengan pos dibuat Lescowitch lalu mengajaknya bertemu.

Pertemuan yang diatur 45 minit selepas Lescowitch mengepos gambar sendiri di Facebook itu bagaimanapun berakhir dengan dia dibawa ke lokap untuk soal siasat.

Sumber: METRO UK
0 Komentar untuk "Padah Pos Gambar Muka ‘Wanted’ Di Facebook"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info