Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Taksub Pada Budaya Korea Lelaki Brazil Lakukan Pembedahan Pada Wajahnya


Seorang lelaki yang taksub dengan budaya Korea, berani melakukan perubahan besar agar wajahnya kelihatan seperti lelaki-lelaki Asia. Lelaki berusia 25 tahun ini asalnya bernama Max. Beliau telah menjalani 10 kali pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya.

Minatnya terhadap budaya Korea bermula ketika beliau belajar di Korea beberapa tahun lalu. Beliau telah menukar namanya menjadi Xiahn dan memperkenalkan diri ke dunia maya dengan nama samaran Oriental Gaucho. Xiahn sangat menyukai drama Korea dan lagu-lagu Korea. Hal inilah yang mendorongnya untuk melakukan pembedahan plastik sehingga ia boleh tampil seperti orang Korea asli.

Demi kelihatan seperti lelaki Korea, lelaki yang lahir di Brazil ini melakukan pembedahan pengecilan mata dan rahang. Transformasi gayanya ini mengundang reaksi ramai orang, termasuk mereka yang menganggap wajahnya menjadi aneh.

Sekarang Xiahn merancang untuk berpindah ke Korea Selatan secepat mungkin. Walaupun penampilannya kini menjadi seperti lelaki Korea, Xiahn mengaku ia tetap mencintai Brazil kerana Brazil adalah negara di mana ia lahir dan membesar besar. 




0 Komentar untuk "Taksub Pada Budaya Korea Lelaki Brazil Lakukan Pembedahan Pada Wajahnya"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info