Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Budak Sekolah Jer, Tapi Bergambar ‘Feeling’ Macam Laki Bini Di Pagi Raya




Entah apalah kena budak-budak sekarang, makin lama makin tak tahu malu terutama dalam bab pergaulan lelaki perempuan.

Jika gambar berpeluk sakan sudah biasa ditemui di Facebook budak sekolah zaman sekarang, yang ini pula gambar sepasang kekasih kecil yang ‘feeling feeling’ macam ambil gambar suami isteri di pagi raya.

Meskipun budak lelakinya elok berbaju Melayu tradisional manakala yang perempuannya bertudung litup menutup aurat, selamba sahaja mereka berpeluk dan bercium ‘molot’ sambil gambar dirakamkan.

Tak pasti pula jika ada member yang jadi pak sanggup tolong ambilkan gambar atau kamera dipasang timer tapi yang pasti budak dua ekor ni memang dah gatal sangat nampaknya.

Maka kalau ada keluarga atau sanak saudara yang mengenali pasangan mentah ini, mohon dipesan kepada ibu bapa mereka supaya beri pendidikan agama yang lebih lagi pada anak mereka atau kalau susah-susah, kahwinkan saja. - MYNEWSHUB.MY



0 Komentar untuk "Budak Sekolah Jer, Tapi Bergambar ‘Feeling’ Macam Laki Bini Di Pagi Raya"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info