Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Gambar Hantu Dalam Kapal Tentera Hebohkan Dunia Maya


















SEBUAH foto penampakan susuk lelaki misteri yang sedang memegang kapak menghebohkan media sosial. Gambar menyeramkan itu memperlihatkan lelaki berkepala botak sedang mengintai di pintu.

Gambaran yang didakwa sebagai hantu ini muncul sambil memegang kapak di sebuah kapal tentera yang sudah tua.

Foto menyeramkan ini disebar ke jejaring sosial Imgur oleh seorang pekerja dermaga dengan akaun Stevgoldhound. Penampakan hantu pemegang kapak ini membuatkan heboh dunia maya.

"Bulan lalu kami datang ke dermaga tua untuk melakukan pembesihan dan pembaikan. Kami melihat susuk menyeramkan terakam kamera di kapal tentera yang sudah tua tersebut, "keterangan yang ditulis akaun Stevgoldhound, seperti dikutip dari Mirror, Selasa (5/8/2014).

Selain disebar ke Imgur, foto menyeramkan itu telah menjadi berita hangat di laman Reddit. Banyak pengguna Reddit yang meragukan keaslian gambar itu. Beberapa pengguna mencadangkan penjelasan lain dari foto tersebut.

"Itu hanya kelihatan seperti gelandangan tua yang terkejut bahawa seseorang berada di rumahnya mengambil gambar sehingga ia meraih kapak dan mengintip di sudut untuk melihat apa yang sedang berlaku," kata salah satu pengguna Reddit.
0 Komentar untuk "Gambar Hantu Dalam Kapal Tentera Hebohkan Dunia Maya"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info