Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Kisah Sengsara Lelaki Hampir Maut Zakar Menegang Selama 3 Minggu

zakar2

Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas zakarnya terangsang dan tegang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah.
Ketegangan itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah ‘priapism’ yang menyebabkan darah beku di zakarnya.
Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan.
‘Priapism’ merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu ‘sentiasa tegang.’
Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong.
Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan.
0 Komentar untuk "Kisah Sengsara Lelaki Hampir Maut Zakar Menegang Selama 3 Minggu"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info