Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Tindakan 10 Pemain Bola Yang Tak Disangka. Nombor 3 & 8 Tu Yang Paling Mengejutkan!!

Pemain Bola Dermawan


1. Didier Drogba


Sangat popular di negara kelahirannya, Ivory Coast, bekas bintang Chelsea ini tersenarai dalam majalah TIME sebagai antara ‘100 Individu Berpengaruh tahun 2010.’ Melalui Didier Drogba Foundation, banyak kerja-kerja kebajikan dilakukan meliputi sumbangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan di Ivory Coast.

2. Michael Essien

Bekas pemain tengah favorit Jose Maurinho, Michael Essien banyak melakukan kerja-kerja amal melalui minatnya terhadap bola sepak. Tahun lalu, dia menganjurkan perlawanan amal antara Africa XI dan World XI di Ghana dan merancang melakukan perkara yang sama tahun ini. Essien juga merupakan Duta Keamanan yang dilantik Kesatuan Afrika bagi mempromosikan mesej keamanan.


3. Mario Balotelli

Jangan pandang dirinya sebelah mata. Meskipun Balotelli nampak ganas dan selalu terlibat dengan masalah tak sepatutnya dalam padang-hakikatnya di luar padang beliau dikenali sebagai insan yang baik hati. Dia dikatakan telah mendermakan 1,000 pound kepada kanak-kanak yang hidup melarat. Malah, separuh daripada gajinya pernah didermakan kepada kanak-kanak miskin di Afrika, Itali dan Brazil. Dia juga menyokong kuat Program Pemulihan kanak-kanak di Casa del Sole Onlus yang merupakan pusat kebajikan kanak-kanak di Itali.

4. Craig Bellamy

Bintang EPL ini mendermakan 1.4 juta pound daripada simpanannya sebagai pemain bola sepak kepada negara bergolak Sierra Leone bagi memulakan Craig Bellamy Foundation. Yayasan ini menawarkan pendidikan kelas pertama untuk anak-anak muda di Sierra Leone di samping mengajar mereka bermain bola sepak dengan baik.

5. Ryan Giggs


Bekas bintang Manchester United ini mungkin tak mengeluarkan banyak wang untuk menderma. Tetapi dia begitu aktif dengan badan UNICEF dan pernah mengikuti misi keamanan di Sierra Leone. Beliau juga begitu agresif mempromosikan isu anti perkauman yang dipanggil ‘Show Racism The Red Card.’

6. Mesut Ozil


Bintang Jerman yang sedang meningkat naik, Mesut Ozil menggunakan semua hadiah wang tunai berjumlah 237,000 pound yang diperolehi hasil kejuaraan World Cup tahun lalu kepada negara hos, Brazil. Wang itu digunakan untuk membiayai kos pembedahan 23 kanak-kanak Brazil yang mengalami masalah  kesihatan. Respek!

7. Dirk Kyut


Pemain ini menubuhkan the Dirk Kuyt Foundation bersama-sama isterinya, Gertrude Kuyt yang berperanan membantu kanak-kanak di negara-negara membangun agar dapat hidup lebih baik.

8. Jack Wilshere


Jack tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan kebajikan, tetapi dia jadi popular kerana mengambil inisiatif membantu seorang kanak-kanak bernama Jack Marshall yang mengalami masalah barah otak. Wilshere kerap meluangkan masa bersama Jack dan keluarganya malah pernah beberapa kali menjemput mereka ke rumahnya untuk majlis-majlis keraian.

9. Lionel Messi


‘King Messi’ dianggap superstar di atas dan juga diluar padang. Selain aktif bersama UNICEF, Messi melalui Leo Messi Foundation begitu agresif mendermakan wang untuk pembangunan di negaranya seperti pembinaan semula hospital dan dorm kelab bola sepak kanak-kanak yang pernah disertainya di Argentina.

10. Cristiano Ronaldo


Cristiano Ronal bukan saja bintang bola sepak terkemuka di Real Madrid. Malah, dia juga dianggap sebagai pemain bola sepak yang dilahirkan untuk membuat kerja-kerja kebajikan samada untuk tempat asal kelahirannya, untuk peminat ataupun acara-acara antarabangsa. Dia menggunakan 1.5 juta Euro hasil jualan Kasut Emas yang dimenanginya pada tahun 2012, untuk pembinaan sekolah di Gaza, Palestin. Dia juga membantu menubuhkan Pusat Kanser di Madeira, Portugal. Kini, Ronaldo merupakan duta kempen ‘Save The Children’ yang berperanan membantu kanak-kanak mengalami masalah kebuluran dan obesiti.



Sumber:MENSXP


(VIDEO):Suami Merakam Perbuatan Isteri Bersama Kekasih Dalam Hotel
(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!



>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)



Artikel Menarik:

0 Komentar untuk "Tindakan 10 Pemain Bola Yang Tak Disangka. Nombor 3 & 8 Tu Yang Paling Mengejutkan!!"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info