Pelakon Julia Ziegler menyatakan dia masih belum bertemu dengan lelaki yang benar-benar serasi dengannya.
Julia yang berdarah kacukan Melayu-Amerika ini juga mengatakan setakat ini dia ada berkawan dengan beberapa lelaki selepas putus cinta tiga tahun lalu.
Pelakon berusia 29 tahun ini juga mendedahkan hubungannya sebelum ini putus berpunca daripada kesibukan kerja kedua-dua belah pihak.
Sebagai anak perempuan, persoalan mengenai jodoh tentunya tidak dapat lari daripada ditanya oleh ahli keluarga.
“Ada kala perkara itu memberi tekanan kepada saya. Siapa yang tak mahu berkahwin tetapi jika belum bertemu dengan lelaki yang sesuai, macam mana?” katanya menerusi Harian Metro, hari ini.
Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonannya, Psiko: Pencuri Hati arahan Namron bakal memasuki pawagam pada 5 September ini.
Sumber : Mynewshub.my
0 Komentar untuk "Belum Jumpa Betul-Betul Serasi"