KUALA LUMPUR – Mencergaskan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat secara inklusif bakal menjadi teras utama Bajet 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan cadangan secara meluas termasuk cadangan cukai dan insentif bagi meningkatkan hasil negara, dan dalam proses itu meletakkan ekonomi negara pada kedudukan yang lebih kukuh.
Paling penting, rakyat perlu menerima hakikat bahawa pelan tindakan kewangan negara merupakan perancangan realistik, yang mengambil kira kemampuan dalam membantu rakyat serta melaksanakan usaha untuk mengurangkan perbelanjaan operasi – Kosmo Online
Read more: http://berita-harian.net/berita/bajet-2014-bela-nasib-rakyat/#ixzz2ih9egGpR
0 Komentar untuk "Bajet 2014 bela nasib rakyat"