Kuala Lumpur: bakal memperkenalkan tiga lagi produk utama bagi memperkukuhkan perkhidmatan digitalnya menjelang tahun depan.
Ketua Pegawai Perkhidmtan Digitalnya Afizulazha Abdullah berkata, produk itu lanjutan daripada tiga produk digital yang dilancarkan pada Ogos lalu.
Katanya, produk itu juga bakal memenuhi semua segmen yang diperlukan pengguna Celcom termasuk dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Sebelum ini, kami melancarkan tiga portal digital iaitu Bachabooku, Buzzaar dan The Crescent yang dapat memenuhi keperluan segmen pengguna tertentu seperti pembaca buku, fesyen dan perniagaan yang dijalankan menerusi atas talian.
“Bagi tiga lagi produk digital baru, ia masih dalam peringkat pembangunan dan kami jangkakan segmen yang diketengahkan e-dagang dan sosial,” katanya pada sidang media di majlis penyampaian hadiah Kempen Get Fun Facts From Around The World di sini, semalam.
Afizulazha menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen bulan September dengan hadiah utama, Nissan Almera dimenangi pelanggan Celcom dari Seremban, DS Sapna. Pemenang bertuah lain pula membawa pulang hadiah baucar beli-belah bernilai RM10,000 dan Samsung Galaxy Note 2.
Beliau berkata, kempen bermula 9 September hingga 9 Disember ini memberi peluang kepada pelanggan Celcom mempelajari mengenai fakta menarik, sejarah dan budaya di pelbagai negara termasuk dalam Asia, Eropah, Amerika, Afrika dan Australia menerusi peranti mudah alih mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Celcom boleh melayari www.thecube.my.
Read more: http://berita-harian.net/berita/celcom-axiata-perkenal-3-lagi-produk-digital/#ixzz2ibOnNzs6
0 Komentar untuk "Celcom Axiata perkenal 3 lagi produk digital"