BEIJING – Dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan empat tahun ditemui mati dalam di dalam sebuah mesin basuh yang dipenuhi darah di kediaman mereka di, di sini.
Laporan awal polis mendapati bahawa kedua-dua mereka mati akibat lemas, namun bedah siasat akan diteruskan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.
Menurut datuk mangsa, mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ayah mereka dalam mesin basuh yang tertutup selepas melihat kelipan lampu pada mesin tersebut.
Saksi yang membantu membawa kanak-kanak tersebut ke hospital berkata, seluruh tubuh mereka bengkak dan mengalami calar-balar.
“Terdapat banyak darah di dalam mesin basuh itu,” ujarnya.
Menurut laporan sebuah portal di China, lima minit sebelum kejadian itu, ibu-bapanya masih mendengar suara kanak-kanak tersebut bermain sebelum menyedari kehilangan mereka.
Bagaimanapun, kes itu turut menimbulkan kecurigaan di kalangan orang ramai dan dibincangkan di laman blog dan sosial.
“Kerusi yang berada di situ sangat tinggi. Bagaimana kanak-kanak sekecil itu boleh memanjatnya? Adakah ia satu pembunuhan dengan niat?” soal seorang pengguna akaun Twitter.
Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan pihak pengeluar mesin basuh tersebut, The Haier Group turut menghantar wakil bagi membantu siasatan berhubung kejadian – Mynewshub.my
Read more: http://berita-harian.net/berita/dua-kanak-kanak-mati-dalam-mesin-basuh/#ixzz2icW9WZLo
0 Komentar untuk "Dua Kanak-Kanak Mati Dalam Mesin Basuh"