Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Isteri Aaron Aziz Nafi Suaminya Terlibat Kemalangan Maut

aaron
Kecoh sejak semalam selepas sebuah laporan berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz yang meninggal dunia ketika bermain luncur salji di Zermatt Ski Resort, Switzerland.
Berita palsu tersebut mula tersebar selepas “Global Associated News” menggunakan satu pautan yang mengeluarkan artikel tentang kematian Aaron Aziz akibat kemalangan maut.
Isteri kepada pelakon kelahiran Singapura itu, Diyana Halik turut terkejut dengan berita tersebut dan menafikan bahawa suaminya meninggal dunia akibat kemalangan bermain luncur salji.
Menurut Diyana, suaminya kini di Cape Town, Afrika Selatan untuk penggambaran program Fear Factor musim kedua dan berada dalam keadaan sihat.
“Aaron berada dalam keadaan sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran program Fear Factor 2. Berita tersebut adalah tidak benar dan palsu. Dia tidak berada di lokasi seperti yang ada dalam artikel tersebut,” jelas Diyana.
Aaron berlepas ke luar negara Jumaat lalu bagi menjayakan program Fear Factor 2 yang akan bersiaran tidak lama lagi di Astro.
Sumber: Utusan Online


Read more: http://berita-harian.net/hiburan/isteri-aaron-aziz-nafi-suaminya-terlibat-kemalangan-maut/#ixzz2gXFEKsBu
0 Komentar untuk "Isteri Aaron Aziz Nafi Suaminya Terlibat Kemalangan Maut "
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info