“Kita memberikan hadiah itu sebagai baucer dan pemenang pula mempunyai pilihan untuk menggunakan wang itu di Thailand.
“Mereka boleh menjalani pembedahan pertukaran jantina atau melakukan pembedahan plastik,’’ kata jurucakap persatuan itu.
Jelasnya, jika pemenang mahu menjalani pembedahan tukar jantina, maka pihaknya akan memberikan kaunseling kepada mereka selama setahun.
Pemenang Miss Trans ini akan dipilih untuk mewakili Rio pada pertandingan peringkat nasional sebelum mereka bertanding pada Miss Universe Transgender 2014.
Seramai 19 maknyah mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada pekerja salon, jurumekap artis dan model.
Miss Trans ini dimenangi oleh Raiica Ferraz, 21 tahun dan bekerja di salon rambut.
Jelasnya, dia tidak akan menjalani pembedahan tukar jantina, kerana telah menggunakan pil hormon.
Ferraz memberitahu, sejak kecil nalurinya adalah untuk menjadi wanita dan pada usia 17 tahun, dia telah memakai pakaian wanita.
“Semua orang terkejut dan saya menjadi perhatian. Namun saya memutuskan bahawa ini yang saya ingin lakukan,’’ katanya.
Read more: http://berita-harian.net/berita/miss-trans-tawar-pembedahan-tukar-jantina/#ixzz2iprdEO46
0 Komentar untuk "Miss Trans Tawar Pembedahan Tukar Jantina"