Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Norazita Tidak Perlu Ditembak

Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor, Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.
Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan.
Semua wang disimpan di dalam peti besi itu diinsurankan. Sebagai pekerja bank lebih 16 tahun, mangsa tentunya arif, lebih baik membiarkan wang itu dirompak berbanding mempertaruhkan nyawa sendiri. Barangkali ibu kepada 2 anak itu tidak mempunyai pilihan kerana dia ditembak pada jarak dekat mengakibatkan kepala kirinya bersepai.
Saya percaya, suspek, Ardi Hamza, 37 tahun, berasal dari Tawau, Sabah, tidak merancang rompakan itu secara teliti. Dia hanya sempat mengaut sejumlah daripada wang di dalam peti besi dan memasukkan wang terbabit ke dalam beg sandang dipakainya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar, Ardi didapati memiliki kad pengenalan palsu.
Malam tadi tersebar berita, dia berjaya diberkas di LCCT namun berita itu belum disahkan oleh pihak polis.
Takziah kepada keluarga mangsa.
Video: Rakaman Pengawal Keselamatan Menembak Mati Pegawai Bank
0 Komentar untuk "Norazita Tidak Perlu Ditembak"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info