Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Ditelan Empangan Juaseh

telanLabis: Niat sembilan rakan karib membabitkan lelaki masyarakat Orang Asli untuk mandi-manda di Empangan Juaseh, di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas selepas perahu dinaiki tenggelam pada jam 4 petang, kelmarin.
Mangsa, Sidi Atin, 19, gagal diselamatkan selepas dia terus tenggelam ke dasar empangan manakala rakannya dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.
Rakannya, Roslan Hak, 20, berkata, ketika kejadian, dia serta mangsa dan tiga rakan menaiki perahu sama.
“Kami mendayung untuk ke kawasan lebih cetek, namun perahu tiba-tiba dimasuki air dan tenggelam.
“Kami berlima cuba berenang ke tebing, namun Sidi yang berada di belakang saya tiba-tiba tenggelam ke dasar empangan,” katanya, semalam


Read more: http://berita-harian.net/berita/ditelan-empangan-juaseh/#ixzz2kIrCkPcC
0 Komentar untuk "Ditelan Empangan Juaseh"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info