Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Gempar: Duit 5 Juta US Dollar dalam peti rumah seorang Imam di Kuala Pilah

duit
Azmi menunjukkan peti kayu, kain merah dan putih serta lilin yang digunakan untuk memuja jin. Foto artikel ikhsan Sinar Harian.
KUALA PILAH – Dengan bermodalkan not USD5 juta, seorang lelaki warga Somalia cuba memperdaya seorang imam masjid untuk mendapatkan wang lumayan.
Suspek yang dikenali sebagai Mustafa, berusia 31 tahun itu mendakwa berkebolehan mengambil wang milik orang ramai yang tidak membayar zakat, kononnya menerusi bantuan jin.
Bagaimanapun, imam terbabit menyedari sesuatu tidak kena, lantas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuala Pilah.
Menceritakan kejadian, imam berusia sekitar 40-an yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku 25 Oktober lalu, apabila dia menemui Mustafa berseorang diri di masjid.
“Ketika bersembang, Mustafa beritahu kononnya dia berkebolehan mendapatkan wang dengan memanggil jin,” katanya.
Walaupun musykil, namun imam terbabit berkata, dia mahu melihat sendiri kebenarannya.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
“Saya diminta menyediakan sebuah peti kayu empat segi bersaiz tiga meter, tiga meter kain merah dan putih beserta sebungkus lilin. Saya kemudian membina peti kayu itu dengan kos RM100,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di IPD Kuala Pilah, semalam.
Menurut imam berkenaan, selepas barang berkenaan sudah siap, lima hari selepas itu Mustafa berkunjung ke rumahnya.
“Mustafa masuk ke dalam bilik, tempat saya meletakkan peti kayu, kemudian menyuruh saya keluar dan memberikan masa setengah jam untuk dia memanggil jin,” katanya.
Kata imam itu, sebaik saja Mustafa memanggilnya masuk semula, dia terkejut kerana terdapat wang dalam peti itu.
“Saya tidak boleh pegang dan sentuh duit itu, hanya tengok sahaja dengan jarak satu meter. Lebih meyakinkan saya, dia memberi saya wang sebanyak USD400 untuk ditukarkan di bank. Ternyata benar kerana saya mendapat kira-kira RM1,300 tunai sebaik ditukarkan di bank,” katanya.
Bagaimanapun, imam berkenan berkata, Mustafa memberi beberapa lagi syarat termasuk membakar kertas yang dibaca dengan mantera.
“Selepas kertas dibakar, wang USD5 juta dalam peti kayu itu turut hilang. Jika saya mahu wang itu semula, saya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM670,000,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa hari, Mustafa menghubunginya sekali lagi dan memberitahu terdapat syarat lain iaitu memberi RM8,000 kepadanya untuk menyembelih tujuh ekor kambing dan seekor lembu.
“Berikutan itu, saya membuat laporan di balai polis kerana percaya ada tidak kena dengan lelaki berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, modus operandi menggunakan pendekatan agama dan sihir adalah trend terkini digunakan warga Afrika.
“Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap Selasa lalu oleh sekumpulan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah masjid daerah ini.
“Suspek kini direman sehingga Sabtu ini,” katanya.

Related Post

  • Cash Advantage for the sims bustin outWhen playing contribute to the house by purchasing expensive items, then immediately leave to get a full cash refund. Yo…
  • tips the sims bustin out Do stuff without waiting Do what ever you want to do and then do something else. Click on what you wanted to do again,…
  • death house (only in free mode)If you have really annoying neighbors when you start free mode like the Tutti and the Frutti families, don't just delete…
  • Decorating Tip for the sims bustin outFor some reason, when decorating your rooms, I found that it costs more money to cover the floor of each room the quick …
  • Blood CityThis is my favorite tip. First, go to build mode. Then select red wallpaper and place it all over the rooms and outside …
0 Komentar untuk "Gempar: Duit 5 Juta US Dollar dalam peti rumah seorang Imam di Kuala Pilah"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info