Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Kejadian lama berlaku semula, budak hilang selepas masuk ke dalam Villa Nabila (sudah ditemui)

Kecoh apabila 23 orang budak gagal keluar setelah memasuki Villa Nabila.
Kejadian lama berulang kembali, diantara 30 orang yang masuk  cuma 7 orang sahaja yang dapat keluar dari Villa Nabila sebuah banglo kosong yang telah lama ditinggalkan.
Update Terkini : dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan hanya tinggal seorang budak sahaja yang masih belum dijumpai. Ibu bapa kepada budak berkenaan sudah membuat laporan polis dan kerja mencari masih dijalankan.
Apa ada di Villa Nabila? Berikut adalah sedikit pencerahan yang diambil dari pageMisteri Villa Nabila di Johor Bahru :-
Villa Nabila
ini bukan lagu Spring Bourgenvilla tu. bukan Nabila Huda anak Amy Search. Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni. Villa Nabila terletak ditepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor.
tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila. mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari.
dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau. tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.
kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.
apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut “berminat” dengan anda.
kredit : FB Misteri Villa Nabila di Johor Bahru.
————————- 
Info terkini jam 6:30 petang 
Disini admin share beberapa gambar yang berlegar diforum dan fb page tempatan yang menunjukkan gambar budak-budak terlibat sebelum dan selepas kejadian misteri di Villa Nabila.
Satu lagi gambar(sebelah kiri tengah pegang telefon bimbit) printscreen status fb yang berkitar dilaman social mengatakan situasi ditempat kejadian semasa proses pencarian budak-budak yang hilang di Villa Nabila. Sejauh mana kebenarannya wallahualam.
Status terkini, daripada 30 orang, 22 sudah ditemui manakala pihak berkuasa masih mencari seorang lagi budak yang dikatakan telah hilang dan belum dijumpai sejak Sabtu lalu(sumber Bharian) yang mana ibubapanya sudah pun membuat laporan polis.
——————————–
Info terkini Jam 9:00malam :
Ni admin share berita dari media arus perdana dimana terdapat kenyataan rasmi oleh pihak polis yang terlibat dalam proses pencarian seorang budak yang masih hilang di Villa Nabila.
Ayat rasmi standard la mesti ‘scripted’, hati-hati sebab nak jaga perpepsi dan kepentingan awam. Point yang admin dapat tangkap pihak polis mengesahkan hanya seorang sahaja yang hilang sejak hari Sabtu lalu apabila menerima laporan daripada ibubapa mangsa awal pagi ini. Bermakna status ‘hanya seorang’ yang hilang ini hanya terpakai dan disahkan sejak awal pagi tadi.
Namun dalam tempoh dari hari Sabtu hingga Ahad malam tiada kenyataan atau butiran yang jelas diberikan, yang mana berita dari sumber bukan rasmi ada menyebut 7 orang dapat keluar dari tempat tersebut dengan selamat lebih awal, manakala 23 daripada 30 orang memang menghadapi masalah untuk keluar daripada villa tersebut dan awal pagi tadi(Isnin) barulah ada kenyataan yang menyatakan 22 daripada 23 orang selamat dan hanya seorang yang masih hilang.
Samada mereka tidak balik pada Sabtu malam ataupun mereka memang betul-betul tidak dapat keluar itu hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu dan mereka mungkin tidak mahu orang luar mengetahui cerita ini.
Sehingga jam 8malam tadi belum ada berita rasmi yang keluar mengatakan budak yang hilang itu sudah ditemui.
Jika ada sesiapa disini yang mempunyai info dan bukti dia telah dijumpai sila nyatakan sumber berkenaan diruang komen dibawah.
Sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan juga boleh disalurkan ke nombor yang tertera diakhir video ini. Terima kasih.
Video dari salah sebuah media arus perdana tempatan yang melaporkan kes Villa Nabila :
troll
————
Terkini jam 5:00 pagi 19hb November 2013 : Budak 16 tahun yang dikatakan hilang di Villa Nabila sudah ditemui :-
Izzat Izzudin Husin, budak 16 tahun yang dikatakan hilang di Villa Nabila dikatakan telah dijumpai tengah malam semalam.
Namun menurut laporan tidak rasmi dia bukanlah ditemui di Villa Nabila tetapi ditempat lain iaitu di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru.
Jika benar berita ini maka satu Malaya la dah kene troll. Hehe, cobaan..
Nantikan kenyataan rasmi dari pihak polis berkenaan laporan ini.

0 Komentar untuk "Kejadian lama berlaku semula, budak hilang selepas masuk ke dalam Villa Nabila (sudah ditemui)"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info