Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Pelancong Taiwan Mati Ditembak, Isteri Dilarikan

gun
SEMPORNA - Seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi Jumaat.
Lelaki berusia 57 tahun itu yang dikenali sebagai Lim Min Hsu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di koridor sebuah resort di sini kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.
Isterinya, An Wei Chang, 58, juga warganegara Taiwan dilaporkan hilang susulan insiden itu.
Pasangan suami-isteri itu tiba di resort tersebut pada Selasa dan dijadualkan meninggalkan resort berkenaan pada 20 November ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut. – 


Read more: http://berita-harian.net/jenayah-2/pelancong-taiwan-mati-ditembak-isteri-dilarikan/#ixzz2kpDg5PK2
0 Komentar untuk "Pelancong Taiwan Mati Ditembak, Isteri Dilarikan"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info