LONDON: ‘Selfie’ adalah perkataan terbaik bagi 2013, kata pegawai di sini semalam.
Ini berikutan penggunaan perkataan itu mencapai lebih 17,000 peratuis sejak 12 bulan lalu, kata Oxford Dictionaries yang menyiarkan ‘Oxford English Dictionary[‘ (OED).
Selfie adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuatnaik ke dalam laman web.
Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial.
Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall, berkata program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan.
“Kita boleh lihat penggunaan meningkat selfie pada tahun ini dan membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013,” katanya.
Penyelidiknya mendapati, kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000 peratus sejak tahun lalu.
Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada September 2002.
Pearsall berkata: “Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan ‘hashtag selfie’ muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya.
Perkataan lain dalam senarai perkataan tahun ini ialah ‘bedroom tax’ (merujuk kepada perubahan dasar kebajikan Britain); ‘binge-watch’ (bermaksud menonton beberapa episod televisyen sekali gus); bitcoin (mata wang digital); olinguito (memalia dalam bahasa Amerika Selatan; schmeat (daging sintetik) dan showrooming (menonton tarikan di kedai online) dan twerk.
“Twerk mula disebut awal 1990-an iaitu merujuk kepada adegan muzik di New Orleans,” kata Oxford Dictionaries.
Read more: http://berita-harian.net/informasi/selfie-perkataan-unik-tahun-ini/#ixzz2lBIULwt8
0 Komentar untuk "‘Selfie’ perkataan unik tahun ini"