10 Benda Aneh Yang Dibaling Ke Dalam Padang Bola Sepak | Pernahkah anda pergi menonton perlawanan bola sepak di stadium? Mesti ramai penyokong yang fanatik dan sampai membaling benda-benda seperti botol air dan sebagainya. Tapi kami senaraikan 10 benda aneh yang dibaling ke dalam padang bola sepak. Inilah beberapa benda yang pernah ‘menghiasi’ lapangan bola sepak sepanjang catatan sejarah:
1.Kepala babi
“Hiiii….”, mungkin adalah kata pertama yang keluar jika anda menyaksikan peristiwa ini. Ya, satu kepala babi dilemparkan ke dalam padang oleh penyokong Barcelona sebagai bentuk kekesalan terhadap Luis Figo yang berpindah kelab.
Memang beralih kelab adalah hal yang biasa terjadi tetapi yang disesalkan oleh penggemar Barcelona adalah kenapa harus Luis Figo pindah ke Real Madrid, sebagaimana diketahui Real Madrid adalah musuh ketat Barcelona.
2. Bom Tangan
Menakutkan memang jika salah satu benda ekstrim ini berada di stadium, tapi memang benda inilah yang dilemparkan penyokong ke lapangan saat pertandingan Milwall dan Brentford di Den Lama kepada penjaga gol Brentfors, Brodie Chic .
Langsung saja kala itu Brodie meminta penjaga garisan untuk memeriksa benda apa yang dilemparkan untuknya itu. Setelah penjaga garisan memeriksanya dan memastikan ternyata bahwa benda itu adalah bom tangan. Pertandingan yang terjadi pada tahun 1966 itu membuat heboh seisi stadium dan dengan cepat penjaga garisan mengarahkan kepada semua pemain untuk meninggalkan lapangan sesegera mungkin.
3. Scooter
Siapa sangka benda sebesar scooter menjadi sasaran para penyokong untuk dilemparkan ke lapangan? Insiden ini terjadi saat pertandingan Inter Milan melawan Atalanta. Sebelum kick off babak pertama dimulai penyokong Inter Milan mencuri scooter dari penyokong Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium dan dilempar ke lapangan.
4. Arnab
Binatang comel ini pun pernah masuk ke lapangan bola sepak kala
pertandingan antara Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung, di Greece.
5. Bola pantai
Aneh jika di stadium bola sepak terlihat bola pantai, tapi bola pantai ini tidak menjadi objek untuk ditendang oleh para pemain namun ini merupakan tindakan peminat. Peristiwa ini terjadi saat pertandingan Celtics vs Glasgow di Scotland.
6. Babi
Jika kepala babi pernah dilempar ke lapangan oleh fans Bercelona kerana kekesalannya terhadap Luis Figo, penyokong pernah memasukkan babi ke lapangan di pertandingan salah satu kelab di Poland.
7. Botol whisky
Botol whisky yang habis diminum oleh penyokong ini dilemparkan ke lapangan begitu saja ketika perlawanan Atletico dan Sevilla pada tahun 2006.
8. Donat
Mungkin kita berfikir rasanya sayang sekali jika harus membuang donat dengan sia-sia ke lapangan bolasepak. Namun inilah yang dilakukan oleh pendukung Hajduk Split (Croatia) kepada presiden kelab mereka yang kebetulan memiliki perusahaan kuih donat.
9. Vibrator
Gila jika menyaksikan beberapa vibrator ini dilemparkan ke lapangan, benda sensitif ini pun menjadi sasaran oleh penyokong fanatik Argentina.
10. Bola tenis
Dengan misi ingin mencuri perhatian media, para penggemar Hull City melakukan aksi nekad melempar bola tenis pada pertandingan Piala Liga di Stadium Reebox ketika menentang Bolton. Walaupun lucu, aneh dan mengerikan tindakan melempar sesuatu ke lapangan adalah suatu yg tidak patut di contohi kerana dapat merugikan pasukan kesayangan kita sendiri, bila dikenakan denda maka pasukanlah yg menanggungnya bukan penyokong.
0 Komentar untuk "10 Benda Aneh Yang Dibaling Ke Dalam Padang Bola Sepak"