“Saya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur menyeru supaya masyarakat tidak menggunakan emosi, sila jaga ketenteraman awam”, katanya di hadapan peserta perhimpunan.
Ucapan beliau disorak oleh penunjuk perasaan. Namun beliau cool saja teruskan ucapan minta semua jangan bahayakan keselamatan anak-anak kecik yang datang bersama ibu bapa untuk meraikan sambutan tahun baru.
“Kepada yang datang dari luar Kuala Lumpur, saya ucapkan selamat datang. Berilah peluang kepada semua pihak sambut tahun baru dengan aman…”ujarnya.
Beliau mengakhiri ucapan tepat jam 11.58 minit malam. Penunjuk perasaan menjerit reformasi jam 12.00 tengah malam. Tak ada pertunjukkan bunga api. Keadaan terkawal, ramai yang mula beransur balik.
Sebelum itu, keputusan penganjur membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka telah membuatkan penunjuk perasaan hilang punca dan lesu.
Mereka yang merancang ingin berdemonstrasi di hadapan orang awam dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan, menjadi hilang arah apabila dataran tersebut beransur lengang.
Orang awam yang hadir untuk menyaksikan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api, memilih pulang awal sebagai langkah keselamatan. – Agendadaily.com
0 Komentar untuk "Syabas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Berani Berhadapan Ribuan Peserta Demonstrasi"