Pergh~~~ Cantiknya. Memang menawan, manis, jelita dan mempersona sungguh apabila Uqasha Senrose bertudung. Memang boleh tangkap cintan dibuatnya. Nasib baik Abang Nara dah kahwin. Hehehe. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Uqasha atas penghijrahan ini. Semoga semakin murah rezeki dan hidup semakin diberkati.
Bekas kekasih Pekin Ibrahim ini menyatakan penghijrahannya ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana lelaki. Jadi ia bukanlah sebab putus cinta baru-baru ini. Baguslah macam itu. Nak bertudung hati kena ikhlas. Kata Uqasha menerusi portal GUA:-
Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini.Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya
Abang Nara tengok cara pemakaian tudung Uqasha memang cantik dan simple. Tak adalah sampai terbelit leher. Semoga Uqasha Senrose terus istiqamah dalam bertudung selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar Uqasha bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
0 Komentar untuk "(15 GAMBAR)Uqasha Senrose Kini Manis Bertudung"