Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Azhar Sulaiman Mahu Berjumpa Dengan Cikgu Yang Menampar Anaknya


 
Dah lama kita tak dengar nama Azhar Sulaiman kan? Tapi semalam baru sahaja rakan  tiba-tiba bercerita tentang dia. 

Apa yang membuatkan keluar cerita pelakon ini adalah dia memberitahu Azhar ada mengeluarkan kenyataan di status laman sosial Facebook miliknya yang dia mahu berjumpa dengan cikgu sekolah anaknya, Andika Rees. 

Kenapa nak berjumpa dengan cikgu dia? Rupanya dia mendakwa cikgu tersebut telah menampar anaknya sebanyak 10 kali. 

Wah banyaknya tamparan yang dikenakan kepada anaknya? Kesalahaan apa sehingga membuatkan cikgu tersebut berbuat demikian? Kita pun tak pasti. 

Ini antara status yang dimuat naik Azhar ke akauan Facebook miliknya:



Namun, bila seorang rakan buka akaun Facebook Azhar sebentar tadi, status itu sudah pula tiada, mungkin sudah dipadamkannya. 

Apa-apa pun, harap Azhar tidaklah cepat melenting dan dia seharusnya menyiasat dahulu apa yang berlaku sebelum mengambil apa-apa tindakan.




sumber: murai.com
0 Komentar untuk "Azhar Sulaiman Mahu Berjumpa Dengan Cikgu Yang Menampar Anaknya"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info