Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Kejam!! Kurung Ibu Supaya Mati


BEIJING – Seorang wanita berusia 90 tahun dikurung di dalam sebuah bilik tidur dengan harapan dia akan mati kebuluran oleh anaknya sendiri, lapor akhbar MailOnline semalam.

Wanita malang itu, Xiaoming Tsui bagaimanapun terselamat selepas hampir sebulan cuma bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran ketika anak-anaknya keluar.

Tidak tahan melihat nasib warga emas di kampung Yangjuan di Hunan itu, salah seorang jirannya yang tidak menyatakan namanya menghantar mesej kepada pasukan polis melalui internet.

Sebaik menerima laporan itu, pihak polis melakukan serbuan di rumah berkenaan.

Perkataan pertama yang diluahkan oleh wanita itu ialah: “Tolong beri saya makan.”

Berikutan serbuan itu, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita itu kini berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh.

“Wanita itu sakit dan bagi menghilangkan masalah mereka untuk menjaga, anak-anaknya cuba mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan harapan dia akan mati kelaparan.

“Mereka tidak memberikan makanan dan mereka memberitahu dia tidak memerlukan bilik mandi, malah tidak sesiapa dibenarkan untuk berjumpanya,” kata seorang jurucakap polis.

Sumber: Agensi
0 Komentar untuk "Kejam!! Kurung Ibu Supaya Mati"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info