Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

TERKINI! KEADAAN DI KUNAK , SABAH

ESSCOM NAFI BERLAKU TEMBAK-KENYATAAN KP ESSCOM 25 JUN 2014.                              
KP ESSCOM NAFI BERLAKU TEMBAK MENEMBAK  DENGAN PENJENAYAH RENTAS SEMPADAN DI KUNAK LAHAD DATU, (25 Jun)

   Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Haji Mohammad bin Mentek menafikan berlaku aksi tembak-menembak  membabitkan penjenyah rentas sempadan di Kunak awal hari ini.

   Sebaliknya, beliau berkata keadaan di sekitar pekan Kunak adalah selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan seperti yang tersebar luas melalui media sosial.
Bagaimanapun, Mohammad mengesahkan ESSCOM melancarkan Ops Gasak ke-22 di pangkalan Kunak yang merangkumi tiga kampung iaitu Kg Bakau, Nelayan dan Kg Basilan.
Katanya Ops gasak ke-22  yang diketuai Pengarah Operasi ESSCOM DCP Datuk Abdul Rashid Harun itu melibatkan  pelbagai agensi pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah.

"Ops Gasak ini dilancarkan ekoran kes penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak baru-baru ini, dan saya berharap orang bertenang dan tidak menyebarkan berita palsu terutama di media sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata seramai 129  orangyang dipercayai PATI ditahan dalam Ops Gasak yang dijalankan selama tujuh jam  bermula dari pukul 3 pagi.
Beliau berkata kesemua mereka, termasuk 34 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah.

Abdul Rashid berkata kumpulan PATI itu telah dibawa ke Dewan Masyarakat Kunak sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.



info dari whatsapp rakan-rakan

"Apa cerita Kunak, macam ramai sudah ESSCOM berada disekitar Kunak....tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau keluar dari kawasan Kunak..pangkalan Kunak sudah dibuat sekatan jalan...

[11:09, 6/25/2014]Pangkalan perintah bkurung....operasi rumah ke rumah....ada maklumat yang penceroboh menyelinap msuk...hospital Kunak pun di  kawal ketat"

















0 Komentar untuk "TERKINI! KEADAAN DI KUNAK , SABAH"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info