Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Akibat Layangkan Kad Merah Pengadil Bola Maut Ditumbuk


Gara-gara layangkan kad merah, pengadil bola maut ditumbuk | GARA-gara mahu melayangkan satu kad merah, seorang pengadil maut akibat ditumbuk dalam satu perlawanan bola sepak di Livonia, Amerika Syarikat. Jurucakap Hospital Detroit Receiving, Alton Gunn mengesahkan kematian John Bieniewicz dua hari selepas mangsa diserang seorang pemain yang tidak berpuas hati dengan keputusannya. Susulan daripada insiden itu, Baseel Abdul-Amir, 36, dihadapkan ke mahkamah di Livonia atas dakwaan menyerang dengan niat untuk membunuh.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin AS$500,000 (RM1.6 juta) dan sebutan semula kes ditetapkan pada Khamis ini. Dalam satu kenyataan, peguam Brian Berry memaklumkan, anak guamnya memberi kerjasama dan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu. "Baseel gagal mengawal kemarahan hingga menyebabkan dia bertindak menumbuk kepala mangsa," katanya menurut FOXSports.com. Sementara itu, rakan mangsa, Jim Acho memaklumkan, Bieniewicz menjadi pengadil bola sepak sejak 20 tahun lalu.

"Dia menjadi pengadil hanya untuk mengisi masa lapang memandangkan Bieniewicz merupakan seorang juruteknik dialisis di Hospital Kanak-kanak Mott," menurutnya. April tahun lalu, Ricardo Portillo meninggal dunia selepas koma selama hampir seminggu akibat ditumbuk pemain berumur 17 tahun ketika kejohanan bola sepak di Taylorsville, Utah dekat Salt Lake City. Difahamkan, remaja itu mengaku bersalah atas tuduhan membunuh. 






sumber :-AP


0 Komentar untuk "Akibat Layangkan Kad Merah Pengadil Bola Maut Ditumbuk"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info