Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Awie Mengaku Belasah Isteri Sehingga Parah?


AMPANG : Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di MahkamahMajistret di sini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Vokalis kumpulan Wings itu yang memakai jaket hitam hadir ke mahkamah dengan jaminan polis ditemani beberapa rakannya, termasuk ahli kumpulan rock terbabit, Joe dan Eddy. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rozana, 36, hingga menyebabkan wanita terbabit cedera, jam 1.30 petang pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, UK Perdana, Hulu Kelang, di sini.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan. ~hmetro
0 Komentar untuk "Awie Mengaku Belasah Isteri Sehingga Parah?"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info