Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

GEMPAR!! Inilah Dalang Sebenar Segala Kes Penculikan Yang Berlaku Di Sabah.


   Kecoh di Sabah selepas seorang demi seorang individu yang tidak bersalah diculik oleh sekumpulan 'penyangak' yang tidak diketahui identitinya. Bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikenal pasti menjadi dalang di sebalik pencerobohan dan penculikan yang berlaku di Sabah termasuk di Pulau Mabul, Sabtu lalu. Nur Misuari (kiri) dikatakan terbabit dalam hampir keseluruhan kes penculikan di Sabah.


Suspek yang bernama Nur Misuari dikatakan terbabit dalam kes penculikan ini dengan kumpulan lain (bukan lagi MNLF) dalam usaha mendapatkan dana bagi membentuk pasukan baru setelah dia hilang sokongan. "Wang tebusan akan digunakan untuk membangunkan pasukan baru kerana kita tahu, diasudah kehilangan sokongan. Malah, Misuari juga tidak mendapat sokongan terutama ketika perjanjian pendamaian GRP (Kerajaan Filipina) yang dibuat sebelum ini. 

"Malah, kita juga sudah kenal pasti dana diperolehi melalui tebusan digunakan untuk meningkatkan kekuatan seperti sebelum ini," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Iftar Ramadan bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Sarawak di Masjid Mujahiddin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya di sini, semalam.

0 Komentar untuk "GEMPAR!! Inilah Dalang Sebenar Segala Kes Penculikan Yang Berlaku Di Sabah."
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info