Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Kejam!! Anak Dirantai Dua Tahun

Kemarak Pumin (Kemboja): Seorang kanak-kanak yang digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman wang dirantai selama lapan jam sehari sejak dua tahun lalu, Polis dan petugas perlindungan kanak-kanak yang menyerbu sebuah pondok di kampung berhampiran bandar Kemarak Pumin menemui kanak-kanak itu duduk dilantai sebuah dewan masyarakat dengan kakinya dirantai pada tiang.
Kanak-kanak sebagai cagaran pinjaman yang diberikan kepada seorang penduduk kampung merantai budak itu di tiang selama lapan jam sehari selama dua tahun dalam pendedahan yang menggemparkan masyarakat dunia.

Akhbar Phnom Penh Post semalam melaporkan, kanak-kanak itu memberitahu polis dia pernah meminum air kencing sendiri kerana terlalu dahaga. Polis berkata suspek meminjamkan wang kepada ibu kandung mangsa dan mengambil kanak-kanak itu sebagai cagaran.

Dia bagaimanapun mendapati mustahil untuk menjaga kanak-kanak itu pada siang hari kerana terpaksa bekerja.

Suspek memberi alasan mangsa sering membahayakan diri bermain di luar rumah dan khuatir mangsa lari meninggalkan rumah atau sesat,” kata Srey Touch ketua unit hak asasi dan bahagian perlindungan kanak-kanak polis tempatan.


Suspek ialah petani yang bekerja di sebuah ladang kira-kira setengah kilometer dari pondok berkenaan dan merantai mangsa setiap kali keluar rumah dari jam 7 pagi hingga 11 pagi dan dari 1 petang hingga 5 petang.

Foto
KANAK-KANAK itu ditemui dengan kakinya dirantai.
Nasib malang budak itu terbongkar umum apabila seorang penduduk, Keo Chhon, 60, melaporkan keadaan budak itu kepada akhbar.

“Saya bersimpati dengannya, Ia sungguh kejam.

“Saya rasa semua kanak-kanak berhak untuk dijaga dengan penuh kasih-sayang bukan dirantai seperti anjing. Saya tertanya-tanya mengapa orang lain tidak melaporkan kejadian ini,” kata Chhon. - Agensi
0 Komentar untuk "Kejam!! Anak Dirantai Dua Tahun"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info