Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Richard Lee Norris: Lelaki Yang Menjalani Pembedahan Pemindahan Muka Yang Menakjubkan..


LELAKI ini pernah hidup dalam persembunyian serta terpinggir selama 16 tahun di Hillsville, Virginia, Amerika SYARIKAT (AS), dengan berselindung di sebalik topeng Wajah dan hanya Keluar dari rumah pada waktu malam.

Semuanya disebabkan oleh satu insiden tembakan yang tepat mengenai wajahnya pada tahun 1997.


Akibat daripada kejadian itu, Richard Lee Norris, 38, mengalami kecacatan teruk kerana kehilangan gigi, hidung serta sebahagian daripada lidahnya.

Bagaimanapun, Mimpi ngeri Norris itu berakhir selepas dia menjalani satu pembedahan pemindahan Muka pada 19 Mac 2013 di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Baltimore, AS.

Pembedahan selama 36 jam itu melibatkan 100 orang Doktor yang terdiri daripada daripada Pakar pembedahan Plastik serta Pakar kraniofasia dari Institusi tersebut yang dilantik oleh Profesor bedah di Jabatan Perubatan, Dr Eduardo D. Rodriguez.

"Sebelum ini, orang di sekeliling Sering memerhatikan Norris kerana dia Memakai topeng Wajah dan mereka ingin tahu rahsia di sebalik topeng itu. Kini, dia tidak teragak untuk membuka topeng supaya mereka dapat melihat wajahnya yang baru. Perkembangan ini sangat menakjubkan," ujar Dr. Rodriguez selepas pembedahan itu Berjaya.


Peranan yang besar tersebut menyaksikan Wajah Baharu Norris berfungsi sepenuhnya terutamanya dari segi ekspresi wajah dan pergerakan disamping itu pasukan pembedahan telah memberikannya lidah baru supaya dia dapat bercakap, makan dan mengunyah dengan sempurna.

Selain itu, barisan giginya juga distruktur semula serta dihubungkan dengan saraf di sekitar wajahnya yang memainkan peranan besar tersebut supaya dia dapat kembali tersenyum Riang.

Norris merupakan individu pertama di AS yang menjalani pembedahan pemindahan Wajah pada keseluruhan Muka yang Berjaya dan mengekalkan penglihatannya.

Norris berkata dia terharu dengan hadiah yang diterimanya dari keluarga Joshua Aversano berusia 21 tahun, yang meninggal dunia selepas dilanggat van ketika melintas jalan. Keluarganya kemudian bersetuju untuk menderma organ dan Norris bernasib baik menerima untuk pemindahan muka. Keluarga yang berasal dari Maryland itu yang bersetuju untuk mendermakan organ beliau, enggan ditemuramah oleh AP. 

Dalam satu kenyataan, keluarga itu berkata, "Kami sekeluarga bersyukur warisan Joshua terus hidup melalui hadiah pendermaan organ dan pendermaan tisu." Norris berkata dia sentiasa menghubungi keluarga Joshua dan sentiasa mengemaskini kepada mereka kehidupan dan kesihatannya.

FILEM tahun 1997, Face Off, lakonan John Travolta (kiri) dan Nicolas Cage menonjolkan idea pemindahan Wajah menerusi Teknologi transplan.

Ternyata juga Nasib menyebelahinya apabila dia terselamat dalam pembedahan itu meskipun menjalani pembedahan membina semula dan memperbaiki Saraf dan tisu Wajah dari Kulit kepala sehingga ke Leher.

"Saya sudah Kini Boleh berhadapan dengan semua orang tanpa mendapat renungan yang Aneh daripada sesiapa pun.




Sumber: dairishare.blogspot.com
0 Komentar untuk "Richard Lee Norris: Lelaki Yang Menjalani Pembedahan Pemindahan Muka Yang Menakjubkan.."
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info