- Huat Lian menunjukkan salinan laporan polis dan SMS menunjukkan transaksi pengeluaran wang daripada akaunnya.
PARIT BUNTAR - Seorang wartawan terkejut apabila mendapati sebahagian wangnya lesap setelah akaun bank tempatan miliknya digodam dalam tempoh sejam pada 3 Oktober lalu.
Difahamkan, keempat-empat transaksi pengeluaran wang mangsa dibuat melalui khidmat perbankan secara online dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Berlin, Jerman, sedangkan mangsa berada di Malaysia pada waktu itu.
Wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina itu, Lee Huat Lian, 47, berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 9.30 malam, dia sedang membuat liputan media di Kuala Gula, Selinsing sebelum menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bank yang memaklumkan terdapat satu transaksi pemindahan wang secara online dibuat atas kad debit miliknya berjumlah EUR 107 kepada syarikat Deutsuche bagi satu urusan pembelian.
Menurutnya, pada kira-kira jam 10.06 malam, dia menerima satu lagi SMS daripada bank sama mengatakan terdapat satu lagi transaksi pemindahan wang secara online dibuat melalui kad debit miliknya berjumlah EUR 197.16 kepada syarikat penerbangan tambang murah, EasyJet bagi pembayaran tiket kapal terbang.
“Hairan dengan SMS itu, saya segera hubungi pihak bank dan pegawai bank itu mengesahkan terdapat empat transaksi pengeluaran wang dibuat melalui kad debit saya.
“Terkejut dengan maklumat tersebut, saya segera beritahu saya berada di Malaysia dan mengarahkan pegawai terlibat membekukan kesemua transaksi kewangan dibuat selain membatalkan kad debit digunakan,” katanya semalam.
Huat Lian berkata, sebaik sahaja kad debitnya dibatalkan dan kesemua transaksi kewangan daripada akaunnya dibekukan, beliau kemudiannya bertanyakan jumlah keseluruhan transaksi yang dibuat tanpa pengetahuannya itu.
Menurutnya, dia tergamam apabila pegawai bank bertugas memaklumkan keseluruhan empat transaksi pemindahan wang dilakukan melalui kad debit miliknya berjumlah RM1,423.64 dalam tempoh tidak sampai sejam.
“Bimbang kejadian ini berulang, saya segera mengeluarkan keseluruhan wang simpanan dalam akaun bank dan membuka akaun baharu,” katanya.
Huat Lian berkata, dia kemudiannya menemui pihak bank bagi mendapat penjelasan dan dimaklumkan, maklumat keselamatan akaun bank dan kad debit miliknya digodam dari luar negara.
Katanya, susulan kejadian tersebut beliau membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar.
“Pihak bank juga turut beri jaminan akan menyiasat kes itu dan memulangkan wang saya yang dilesapkan dalam tempoh 30 hingga 60 hari,” katanya.

0 Komentar untuk "Lagi Kes Wang Lesap Dalam Bank. SEBARKAN!!"