Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Gelagat Selebriti Tempatan Tonton Semi Final Piala AFF


WALAUPUN semalam pasukan kebangsaan Harimau Malaya tidak berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, namun pastinya penyokong Malaysia akan terus-terusan memberikan sokongan penuh terhadap anak buah Dollah Salleh dalam usaha untuk menjulang kembali Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010.

Namun, yang tak sedapnya ada sebilangan kecil penyokong Malaysia yang bertindak liar memukul penyokong Vietnam sehinggakan ada yang mengalami kecederaan disebabkan perbuatan tidak bertamadun mereka itu.



Diharapkan perilaku sebegini tidak akan berlaku lagi dan sepatutnya mereka mencontohi semangat beberapa selebriti tempatan yang tetap setia menyokong pasukan kebangsaan walaupun kalah di laman sendiri.

Sebagai contoh, pelakon Hairul Azreen memberikan keyakinan bahawa Harimau Malaya pastinya akan bangkit pada perlawanan separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Hanoi, Khamis ini.



Jika Hairul menonton di rumah sahaja, terdapat juga selebriti tempatan yang tidak kurang memeriahkan suasana dalam stadium antaranya Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Qi Razali, Sara Ali, Jimmy Shanley dan Tomok.






Tomok seperti yang kita semua tahu, memang seorang kaki bola, mana tahu lepas ini dia terbang pula ke Vietnam demi memberikan 100 peratus sokongan buat player negara kita!

Apa-apa pun jom layan dulu video yang sempat dikongsikan mereka, yang pastinya memang havoc! – MYNEWSHUB



0 Komentar untuk "Gelagat Selebriti Tempatan Tonton Semi Final Piala AFF"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info