Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

GEMPAR: LAGI PESTA SEKS TERBESAR DI MALAYSIA DISERBU!!




Tahniah PDRM kerana bertindak pantas menyerbu kelab malam eksklusif yang cuba menganjurkan pesta maksiat yang terbesar di Malaysia malam tadi dan menurut sumber ia juga bakal berlangsung malam ini. Tahniah juga kepada pihak SPRM yang memantau laporan resah masyarakat kota tentang aktiviti yang tidak bermoral ini.
Masyarakat ingin melihat dalangnya diheret ke muka pengadilan dan bukan setakat serbuan sahaja seperti sebelumnya.
Ketelusan pihak PDRM dalam isu-isu sebegini mampu untuk menaikkan kembali imej PDRM yang kian dipersoalkan terutama bila isu pelacuran ini sudah semakin kronik.
Aktiviti yang didalangi oleh kumpulan kongsi gelap ini semakin berani kerana dakwaan wujudnya ‘hubungan baik’ antara Ketua Kongsi Gelap dan Pegawai Berpangkat Tinggi dalam PDRM.
Selama dua hari berturut turut MalaysianCrime mendedahkan tentang pesta yang akan berlangsung ini.
Pihak cawangan D7, cawangan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat perlu lebih serius menjalankan operasi sepertimana cawangan Narkotik yang banyak menghasilkan tangkapan dalam setiap operasi mereka.
Sudah lama masyarakat yang sayangkan negara mendedahkan kegiatan haram kongsi gelap yang kelihatan begitu kebal, malah pihak media utama negara juga telahpun membuat pendedahan eksklusif tentang bagaimana jerung-jerung terlepas dan tangkapan cawangan D7 hanya tertumpu kepada pekerja yang menjaga premis operasi perniagaan haram mereka sahaja.
Telah sampai masanya pihak cawangan D7 lumpuhkan terus kegiatan haram ini dengan ‘memenggal kepala’ bukannya dengan menangkap ikan-ikan bilis seperti yang tersiar di dada akhbar dan di media elektronik.
Malam ini, pihak PDRM, SPRM, DBKL dan JAWI lagi sekali perlu memantau Kelab tersebut kerana ianya dijadualkan berlangsung selama dua hari dan malam ini adalah kemuncak pesta maksiat itu.
Gambar serbuan malam tadi :
serbuan1

serbuan2

sebuan3

VIDEO Menari Seksi 2012 – BUKAN MALAM TADI YEA….


0 Komentar untuk "GEMPAR: LAGI PESTA SEKS TERBESAR DI MALAYSIA DISERBU!!"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info