Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Gadis Dibelasah Sebab Gambar Berbeza Di Aplikasi WeChat


PUNAH harapan seorang lelaki warga China yang dikenali sebagai Huang apabila gadis jelita dan seksi yang dikenalinya menerusi aplikasi mesej WeChat tidak seperti yang diharapkannya.

Sudahlah kecewa dengan apa yang dilihatnya, dia juga bengang kerana telah menghabiskan beratus-ratus ringgit dan terbang beribu batu dari Harbin ke Suzhou untuk bertemu dengan gadis bernama Xiaojin itu.



“Itu memang gambar saya. Cuma saya memakai mekap dan membuat sedikit suntingan pada gambar itu,” jawab gadis itu ketika Huang menuntut penjelasannya.

Bagaimanapun, Huang tetap tidak berpuas hati sehingga bertindak memukul Xiaojin di khalayak ramai.

Akibatnya, gadis itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan terpaksa menerima rawatan.

Namun, kedua-duanya akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan perkara itu selepas pihak polis mengambil kenyataan daripada mereka.

Pengajarannya, lain kali buat panggilan video dulu sebelum buat keputusan nak bertemu.

Tak pasal-pasal frust menonggeng… – MYNEWSHUB


0 Komentar untuk "Gadis Dibelasah Sebab Gambar Berbeza Di Aplikasi WeChat"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info