London : Seorang lelaki bertindak kejam membunuh teman wanitanya apabila memijak kepala kekasihnya itu hanya kerana berang enggan diberi kata laluan Facebook.
Kane Boyce, 34, dituduh membunuh Paula Newman, 20, di kediaman mereka di Croydon, London selepas mengesyaki wanita itu menipunya.
Dia menafikan tuduhan itu dan mendakwa Paula mati akibat terjatuh dari kereta ketika memandu.
Jiran mendakwa mendengar mangsa menjerit ketika pasangan itu bertengkar malah Boyce didengar menggertak mangsa supaya memberi kata laluan akaun Facebooknya.
Dalam kejadian 13 November 2013 itu, pasangan berkenaan menaiki kereta Boyce dan pulang seketika kemudian. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan nampak ‘tidak sihat.’
Paramedik dipanggil ke kediamannya keesokannya selepas mangsa tidak sedarkan diri, namun gagal menyelamatkannya. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.
Malah, ketika paramedik merawat mangsa, Boyce sibuk memeriksa telefon bimbit dan pesanan suara mangsa.
Pegawai Pendakwa Gillian Etherton memberitahu mahkamah, Boyce menjadi taasub dengan akaun Facebook mangsa beberapa minggu sebelum kematiannya dan sering memaksa wanita berkenaan memberikan kata laluan.
“Lelaki ini suka mengawal mangsa, cemburu dan bersifat ganas sehingga sanggup membelasah dan memijak serta menendang kepala Paula,” katanya.
Sebelum ini mangsa pernah memberitahu rakannya dia merancang meninggalkan teman lelakinya dan meminta dia membantu keluar dari rumah kerana sutidak tahan dengan sikapnya.
Malah, Boyce didakwa pernah memberitahu rakannya, dia sudah meminta kata laluan Facebook Paula, namun wanita terbabit enggan mendedahkannya.
Dia juga kerap menuduh mangsa curang.
sumber: hmetro
0 Komentar untuk "Gadis INi Menggemparkan Dunia"