Guillermo, seorang warganegara Chile memulakan perjalanannya pada November 2010 dan dijangka berakhir November tahun ini dirempuh oleh sebuah kenderaan pikap.
Menurut The Guardian, perjalanannya dilaporkan meliputi jarak sejauh 250,000km di lima benua.
Isteri Guillermo dan anaknya yang berusia dua tahun yang menggunakan sebuah lagi basikal juga cedera.
Pemandu pikap berkenaan, Tiwarat Ratchaipidet ditahan polis kerana memandu dengan cuai.
"Kemalangan tersebut disebabkan kecuaian pemandu tersebut. Jalan tersebut lurus dan mangsa berada di lorongnya sendiri." kata pegawai polis, Torsak Thammingmongkol.
Pada bulan Februari 2013, sepasang lelaki dan perempuan warga Britain yang cuba mencipta rekod sama juga maut di dalam kemalangan di Thailand. - sinarharian
0 Komentar untuk "Pemandu Cuai Rempuh Pencipta Rekod Hingga Maut"