Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

SUAMI KEJAM!! ISTERI SERTA ANAKNYA JADI MANGSA.

Gambar Hiasan







Kuala Terengganu – Seorang lelaki bukan sahaja menumbuk muka isterinya yang baru habis berpantang malah turut menendang kepala bayi lelaki mangsa berusia 46 hari.
Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, suspek dikatakan berang selepas disuruh membeli ubat dalam kejadian di Kampung Padang Air, Gong Badak, di sini.
Tindakan kejam suspek berusia 20 tahun itu menyebabkan bayi malang itu bengkak di kepala dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Serangan itu menyebabkan ibu bayi terbabit berusia 18 tahun bengkak di pipi.
Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi teman lelakinya.
Katanya, suspek yang tidak bekerja itu dipercayai datang ke rumah berkenaan untuk menjenguk teman wanita dan bayinya itu.
SUMBER:  Harian Metro.
0 Komentar untuk "SUAMI KEJAM!! ISTERI SERTA ANAKNYA JADI MANGSA."
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info