Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Gempar!! (16 GAMBAR) Penemuan Bangkai Kapal Perang Dunia Kedua!!

(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat


Meninjau lokasi ini, bersama lebih 20 peserta lain dengan diketuai oleh saudara Henry Bating cukup memberikan pengalaman berharga serta mengujakan buat semua peserta. Manakan tidak, bukan semua pengunjung termasuk penduduk kampung berpeluang mengunjungi lokasi kejadian ini yang terletak kira-kira 3-4km daripada kawasan kampung(Lindopon). Walaupun bagaimana pun,rombongan peserta terpaksa mengambil masa lebih sejam setengah (1 jam 30minit) untuk sampai ke lokasi ini. Hal ini kerana, perjalanan berbukit bukau, cerun tinggi serta hutan tebal menyukarkan peserta mempercepatkan langkah perjalanan. Ditambah pula dengan penyertaan beberapa peserta kecil berumur sekitar 5-10 tahun. Menurut 'Guider' yang mengiringi tinjauan ini,terdapat beberapa jalan yang boleh dilalui untuk sampai ke lokasi ini, ketika perjalanan menuju ke lokasi ini,kami melalui laluan pertama yang mempunyai cerun tinggi,sempit,berbatu licin termasuk menyusuri anak sungai. Laluan ini sangat sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak serta ingin menguji ketahanan fizikal. Manakala perjalanan kembali ke kawasan kampung, kami melalui denai yang agak mudah serta luas dan cuma mengambil masa lebih kurang 50minit.


Tujuan tinjauan ini dilakukan untuk mengenalpasti lokasi kejadian sebenar kerana lokasi ini termasuk dalam perancangan atau usaha untuk menjadikan tempat ini sebagai satu lokasi pelancongan di masa akan datang. Walaupun masih dalam perancangan, cadangan ini turut mendapat sokongan orang yang bergiat aktif menguruskan serta mengenalpasti produk pelancongan di Sabah, Encik Chinly Moniu yang juga turut serta dalam tinjauan ini. 
Terdapat beberapa perkara yang perlu diusahakan sebelum mewartakan lokasi ini sebagai salah satu lokasi pelancongan di kampung ini termasuk perbincangan dengan pihak Taman-taman Sabah untuk memberikan konsesi penjagaan kepada penduduk kampung. Hal ini kerana lokasi ini termasuk dalam kawasan Hutan Simpan negeri Sabah. Turut serta dalam tinjauan ini ialah Ketua Kampung Tepoh,En Taimin Majingi, dan saudara Hasmin Azroy Abdullah,juga seorang yang sedang bergiat aktif dalam ekopelancongan.

Sepintas Lalu berkenaan serpihan Kapal Perang ini.

Merupakan tinggalan sejarah yang sangat berharga semasa era perang Dunia ke-2. Kapal perang jenis “Brewster F2A Buffalo Fighter Planes” ini digunakan oleh tentera British untuk membebaskan Sabah daripada penjajahan Jepun 1942-1945. Kapal ini terhempas di Kg. Lindopon Ulu Tipoh, Tenom dalam antara tahun 1942-1945 setelah mengalami kerosakan teruk akibat ditembak oleh tentera Jepun. Menurut fakta lisan daripada penduduk di Kg. Lindopon Ulu Tipoh, kapal ini dipercayai ditembak di Mengkalias, Tenom sebelum terhempas di lokasi kejadian akibat kerosakan enjin yang teruk.

Penduduk membayangkan kapal perang ini meletup dengan sangat dahsyat berikutan penemuan hanya serpihan-serpihan kecil bahagian bangkai yang ditemui, seperti enjin, sayap (Wing Loading), rim, senjata (Machine Gun) dan banyak lagi. Gambar menunjukkan lokasi kejadian dan sebahagian daripada rangka-rangka kapal di tempat kejadian.




baca selanjutnya DISINI...


ARTIKEL MENARIK:






0 Komentar untuk "Gempar!! (16 GAMBAR) Penemuan Bangkai Kapal Perang Dunia Kedua!!"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info