Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

GEMPAR!! PENEMUAN MENGEJUTKAN!! TINGGALAN SEJARAH JEPUN DI KUNAK, SABAH.

(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat



TEROWONG JEPUN DI KUNAK, SABAH.

__________________________
Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

__________________________
Berbalik kepada penemuan 'terowong Jepun'........
Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui ”bekas landasan lokomotif” di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tan dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
Setiap tahun, dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan.
Juga difahamkan, Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu.
__________________________
‪#‎WW2‬ : Imperial Japanese Army in Kunak
Tentera Jepun telah mendarat di pesisir pantai Mostyn ( Kunak ) dari Tawi-Tawi, Philipina pada tanggal 20hb Januari 1942 di teluk Pangi iaitu jika pada hari ini lokasi tersebut adalah antara Kg. Sungai Atas dan Kg. Hampilan di Pangi, iaitu sebulan selepas serangan keatas Pearl Harbour di Kepulauan Hawai Amerika Syarikat.
Rombongan ini berjumlah 28 orang yang di bawah pimpinan seorang pegawai berpangkat Kapten. Objektif mereka adalah untuk membuat beberapa sub-station yang strategik di Teluk Darvel di samping cuba mengawal sepenuhnya sektor pertanian tembakau di kawasan ini.
Menjelang 22hb januari 1942, hampir keseluruhan Mostyn telah dapat ditawan tanpa sebarang halangan yang sengit dari pihak yang berwajip. Dikhabarkan juga walaupun terdapat beberapa anggota Polis Sikh yang ditugas di kawsan ini, tetapi ia juga gagal mengekang kemarahan pihak Jepun dari bertapak di Mostyn.
Sila lihat gambar-gambar ketika tentera Jepun baru sahaja mendarat dan kapal jepun yang disertakan sekali dalam artikel ini.
__________________________
Semoga pendedahan ini dapat mempertingkatkan jati diri dan semangat cintakan Sabah dikalangan Sabahans. Dan semoga selepas ini juga meningkatnya kadar lawatan pelancong ke daerah Kunak ini dan juga tempat-tempat lain di Sabah. Semoga North Borneo terus dikenali ramai~ 
smile emoticon









SUMBER: Negara Sabah

baca selanjutnya DISINI...


ARTIKEL MENARIK:










0 Komentar untuk "GEMPAR!! PENEMUAN MENGEJUTKAN!! TINGGALAN SEJARAH JEPUN DI KUNAK, SABAH."
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info