Teringin nak travel ke Beijing tetapi malas ikut agensi pelancongan? Boleh ikut panduan daripada brader ni tentang bagaimana dia tetapkan bajet sekitar RM1000 untuk ke sana.
1. TIKET KAPAL TERBANG
Harga RM500-RM1000 (Airasia) tambang pergi balik, harga biasanya RM800 tiket pergi balik, beli semasa promo untuk harga lebih murah, tidak perlu ambil bagasi (check-in), perkhidmatan dalam kapal terbang dan sebagainya.
2. PENGINAPAN
Pilih Hostel atau guesthouse, cari bilik dorm untuk harga paling murah. Bajet RMB50 satu malam. Cuba Google hostelworld, AirBnB dan sebagainya untuk cari hotel murah. Couchsurfing untuk cari host dan menginap percuma pun ada. Komuniti couchsurfing Beijing sangat besar dan aktif, anda mudah untuk mencari host di Beijing. INGAT, BAJET PENGINAPAN ANDA RMB50 SAHAJA SEHARI (Sebenarnya anda boleh dapat penginapan semurah RMB30 semalam!)
3. MAKAN
Bawa sedikit sambal, serunding ataupun lain-lain makanan yang mampu dibawa dalam beg atau hand luggage anda. Di Beijing, anda boleh beli mi segera yang halal bagi muslim atau yang mengutamakan kebersihan & kualiti makanan. Lihat tanda Halal QingZhen 清真), pada hotdog, dan roti. Bawa botol air untuk isi semula air, boleh juga bawa Milo atau Nescafe 3 in1. Makan (LaMian) (拉面), Dumpling (JiaoZi(饺子), Nasi goreng telur (DanChaoFan) (蛋炒饭), Nasi berlauk telur tomato (XiHongShiJiDanGaifan) (西红柿鸡蛋盖饭) kerana harga-harga makanan ini biasanya murah, dalam lingkungan RMB10-15, Cari yang streetfood ataupun restoran kecil sahaja, jangan masuk ke restoran yang mahal. Jangan lupa, bajet makan anda maksimum RMB50 sehari. Untuk pilihan lain, terus ke supermarket Halal Niujie (NiuJieQingZhenChaoShi 牛街清真超市) bagi mendapatkan stok stok makanan halal yang pelbagai dan mudah.
* CADANGAN ITINERARI
HARI PERTAMA
1am - Sampai di Airport, rehat.
6.30 am - Ambil Airport Express ke hostel/guesthouse dengan penginapan RMB50 semalam .Check-in, letak barang.Tambang AirportExpress RMB25, manakala subway ke tempat penginapan RM5. Lokasi lawatan seperti Ti'anmen Square, Forbidden City, Qianmen, Wangfujing dan Masjid Niujie. Semua perbelanjaan melibatkan bas, subway dan makanan seperti mi segera/roti untuk hari pertama adalah sekitar RMB185.
HARI KEDUA
Lawatan ke Greatwall (Tembok Besar) dengan menaiki bas di stesen Dongzhimen dan tiket masuk, kemudian ke Stadium 'Sarang Burung'. Untuk makanan pula, belanja sekitar RM50. Semua perbelanjaan hari kedua melibatkan bas, tiket masuk ke Tembok besar, subway dari hostel ke stesen bas, penginapan dan makanan adalah sekitar RMB180.
HARI KETIGA
Pergi ke Summer Palace, Temple of Heaven, Gulou. Semua perbelanjaan pada hari ketiga melibatkan tiket subway, tiket masuk dan perjalanan ke lapangan terbang dan makan adalah sekitar RMB145. Jumlah keseluruhan perbelanjaan trip untuk 'ground' selama 3 hari adalah RMB 510. Kalau ikut tukaran mata wangBeijing ke Ringgit Malaysia pada awal Januari lalu, ia bersamaan RM338.
Jadi, harga tiket kapal terbang campur belanja selama perjalanan penuh 3 hari di sana adalah (RM800 + RM338) bersamaan RM1,138. Anda sebenarnya boleh kurangkan lagi kos pengembaraan ini menjadibawah RM1000 jika beli tiket kapal terbang pada harga promosi, menginap secara couchsurfing atau kurangkan lagi perbelanjaan makan. Untuk makanan, anda sebenarnya bolehkan kurangkan bajet serendah RMB20-RMB30 saja sehari!
Kalau korang nak lebih informasi terutamanya tentang harga setiap tiket subway, bas dan entry fee ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas, layari Facebook Hud Travel Beijing melalui link di bawah:
Sumber: Hud Travel Beijing
0 Komentar untuk "Travel ke Beijing Dengan Kos Sekitar RM1000 - Brader Ini Tunjukkan Caranya!"