Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Helikopter Tentera Indonesia Terhempas

Helikopter-Tentera
JAKARTA – Sebanyak 13 orang terbunuh apabila sebuah helikopter tentera Indonesia yang membawa pekerja-pekerja binaan untuk membina sebuah pos tentera terhempas ke dalam hutan Borneo semalam.
Lima daripada mangsa yang terbunuh adalah anggota tentera manakala baki yang lain ialah pekerja binaan.
Menurut seorang jurucakap tentera, Iskandar Sitompul, helikopter Mi-17 buatan Rusia itu mengalami masalah enjin sebelum terhempas berdekatan sempadan Malaysia iaitu di Malinau, utara Kalimantan, sebuah daerah yang terpencil.
Pasukan penyelamat menggunakan helikopter untuk mengeluarkan semua mangsa yang terkorban dan enam lagi mangsa cedera parah dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan di bandar Tarakan, Kalimantan.
Ketika kejadian, ia membawa 19 orang termasuk kru.
Mangsa-mangsa yang cedera itu melecur kerana helikopter tersebut terbakar selepas terhempas.
Menurut seorang lagi jurucakap tentera, Rukman Ahmad, helikopter itu terhempas dekat pos tentera Bulan. – Agensi
0 Komentar untuk "Helikopter Tentera Indonesia Terhempas"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info