Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Pak Guard Azman Dapat Tawaran Berlakon

Nama pengawal keselamatan Azman Md Nayan menjadi perhatian ramai apabila terlibat dengan kes isteri Mat Yo iaitu pemain pasukan JDT terhadap dirinya beberapa bulan lalu.
Disebabkan insiden itu juga, Pak Guard Azman semakin popular dan sering saja diminta untuk mengambil gambar bersama setiap kali pengunjung lapangan terbang Subang berjumpa dengannya.Senang cerita dia menerima layanan seperti selebriti.
Rezeki Pak Guard Azman juga semakin murah dan kini Murai Batu difahamkan dia baru saja mendapat tawaran berlakon sebuah drama tempatan yang melibatkan pelakon popular seperti Izzara Aisyah dan Dazrin.
Menurut sumber, drama yang bakal dilakonkan Pak Guard Azman itu diinspirasikan dari sebuah novel dan bakal ditayangkan di slot Aurora di TV9.
Pun begitu, Murai Batu masih belum tahu watak yang bakal dilakonkan Pak Guard Azman. Adakah watak penting atau sebagai cameo? Tunggu saja kemunculannya nanti.
Dalam masa yang sama,Murai Batu tertanya-tanya bagaimana pula dengan kes Pak Guard Azman dengan isteri Mat Yo itu? Adakah sudah selesai?
Apapun, harap ia dapat diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan pertumpahan darah.


Read more: Pak Guard Azman Dapat Tawaran Berlakon myNewshub http://mynewshub.my/2013/11/06/pak-guard-azman-dapat-tawaran-berlakon/#ixzz2jw10YOpr 


0 Komentar untuk "Pak Guard Azman Dapat Tawaran Berlakon"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info