Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Pengakuan Berani Seorang Artis Tersebar Luas Di Internet

Mungkin ramai yang mengenali artis ini??..

Post Pic

PETALING JAYA: Pelakon yang popular dengan drama Rindu Awak 200%, Zul Ariffin mengakui gambar bersama seorang wanita seksi yang tersebar di internet awal bulan ini adalah dirinya.
 
Namun beliau menafikan dakwaan kononnya dia berfoya-foya dan berada dalam keadaan mabuk ketika itu.
 
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menjelaskan bahawa wanita itu adalah peminatnya dan menegaskan beliau tidak mengenali wanita berkenaan.
 
"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.
 
"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat," katanya yang dipetik mStar Online.
 
Dalam pada itu, Zul berkata, dia tidak menyalahkan wanita berkenaan untuk memuat naik foto berkenaan di laman sosial dan menganggap ada pihak cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut.
 
Bagaimanapun kata Zul, selepas ini dia akan lebih berhati-hati sekiranya ingin bergambar dengan peminat wanita supaya tidak timbul salah faham.
 
"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.
 
"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini," jelasnya.
 
Menjawab persoalan kononnya dia seolah-olah melarikan diri daripada media apabila isu itu timbul, Zul berkata, dia tidak berniat berbuat demikian kerana lebih selesa menjawab secara berhadapan dengan pihak wartawan.
 
"Saya bukan lari tapi tunggu masa sesuai dapat berjumpa semua media untuk jelaskan situasi sebenar kerana lebih mudah menjelaskan secara berhadapan.
 
"Tetapi dua orang pertama yang tahu situasi sebenar adalah ibu saya dan Gayatri (kekasihnya)," ujar Zul.
0 Komentar untuk "Pengakuan Berani Seorang Artis Tersebar Luas Di Internet"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info