Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

[Vedio]: JiKalau GRO Di Malaysia Disebat Begini



DALAM peruntukan Enakmen Jenayah Syariah di negeri tertentu ada negeri yang diperuntukkan hukuman sebat ke atas kesalahan meminum arak dan beberapa kesalahan tertentu.

Bagaimanapun perlaksanaan hukuman sebat berkenaan mesti dilakukan oleh seorang yang sudah diberi tauliah dan kebenaran untuk melaksanakan hukuman berkenaan mengikut cara yang sudah ditetapkan dan rotan yang dikhaskan.

Jika hukuman sebat di Malaysia dilaksanakan seperti di dalam video disertakan, penulis rasa majoriti wanita beragama Islam pasti berfikir beratus-ratus kali sebelum membuat keputusan untuk menjadi pelayan pelanggan atau GRO di pusat-pusat hiburan.

Video aksi sebat menyebat ini diperolehi daripada laman Facebook Universiti Kehidupan – University Of Life.

Polis selepas melakukan serbuan terus sahaja menyebat beberapa orang wanita dipercayai menjadi pelayan di premis berkenaan.

Daripada audio bahasa yang dituturkan, penulis boleh menjangkakan bahawa kejadian berkenaan berlaku di sebuah negara Arab di Timur Tengah kerana rupa wanita-wanitanya yang berbadan gempal dan menyerupai wanita Arab.

Kelam-kabut mereka melarikan diri mengelakkan badan dihinggap rotan yang dilibas sesuka hati ke atas wanita berpakaian seksi yang ditemui pegawai yang melakukan serbuan.

Rupanya seperti ustaz atau warden asrama yang menyebat anak-anak murid di sekolah agama sahaja gayanya..


Saksikan VIDEO di bawah ini


0 Komentar untuk "[Vedio]: JiKalau GRO Di Malaysia Disebat Begini"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info