Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Kahwin Selepas Berentap Di Pentas Akhir MLM2014, Melati Zero Dedah Wajah Sebenar Kekasihnya !


MLM 2014: Melati Zero Kahwin Selepas Berentap Di Pentas Akhir – Salah seorang anggota kumpulan Zero iaitu Syaiful mengaku akan menamatkan zaman bujangnya selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Foto Nora Danish tunjuk lurah?
Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif, 25, berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 separuh akhir Jumaat lepas.
Kata Syaiful dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari ini.
“Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin.

(Video): Aksi Budak Sekolah Rendah Dalam Semak Yang Melampau

“Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu,” kata abang kepada Sharif dan Atu ini.
Tambah Syaiful yang terkenal dengan jolokan Melati oleh para peminat MLM 2014 ini, dia tidak takut sekiranya tiada peminat dikalangan wanita selepas mendirikan rumah tangga nanti.

Inilah Jadinya Bila Pelumba Basikal Jumpa Salji Buat Pertama Kali

“Peminat wanita lari? Tak apalah…satu sahaja sudah cukup bah,” selorohnya.
Sementara itu, Sharif dan Atu turut berkongsi kegembiraan mereka kerana bakal menerima kakak ipar tidak lama lagi.

Gambar: Adakah Gadis Ini Bakal Menjadi Simbol Seks Terbaru Industri Filem Indonesia?

Mereka juga berharap dapat memberikan persembahan terbaik di pentas akhir MLM 2014 pada Jumaai ini.
“Kami sudah bersedia dan kami harap para penonton terus menyokong kami dan suka dengan persembahan kami nanti,” kata Sharif mewakili Zero.
Pentas akhir MLM 2014 bakal bersiaran secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, bermula jam 10 malam, minggu hadapan (Jumaat) dan disiarkan menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD. AstroGempak
0 Komentar untuk "Kahwin Selepas Berentap Di Pentas Akhir MLM2014, Melati Zero Dedah Wajah Sebenar Kekasihnya !"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info