Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek

GAMBAR HIASAN

LONDON – Ketika Britain bersiap sedia menganjurkan buat julung kali Fiesta Zakar Kecil Antarabangsa pada 7 Mac di Whitechapel dekat sini, penganjur acara itu menerima berita amat memeranjatkan mereka sendiri, lapor akhbar pada Rabu.

Kajian terbaharu saintis urologi negara itu mendapati, panjang penis lelaki di seluruh dunia pada masa kini secara purata ialah 13.12 sentimeter ketika ereksi dan jika tiada rangsangan nafsu, batang zakar hanya berukuran minimum 9.16 sentimeter.

Penemuan agak mengejutkan itu sekali gus mendedahkan panjang penis lelaki moden baligh dewasa lebih pendek berbanding generasi bapa mereka iaitu 22 sentimeter ketika puncak ereksi dan hanya 10 sentimeter apabila keadaan zakar biasa.


Ant Smith membentuk kumpulan antarabangsa untuk menjaga kebajikan lelaki berzakar pendek pada 2014 dan dia sendiri memiliki batang penis yang kecil. – Gambar hiasan

Pasukan penyelidik itu mengumpul ukuran panjang penis melibatkan 15,000 orang lelaki dari seluruh dunia berusia antara 17 sehingga 91 tahun serta hasil kajian diterbitkan dalam makalah terkini, BJU International Journal of Urology.

Penelitian saintis menunjukkan, tidak ada hubung kaitan antara bangsa dan ukuran zakar selain kajian mendapati, tiada bukti saintifik yang menjelaskan kepercayaan mitos masyarakat kononnya ukuran tapak kaki adalah ukuran penis.

Saintis berharap, data terkini itu dapat membantu ‘meringankan’ masalah kaum Adam yang berasa amat bimbang memiliki batang zakar pendek sehingga terpaksa mengadakan pesta penis kecil sedunia khusus untuk golongan lelaki tersebut.


Festival zakar pendek yang julung kali diadakan di London turut memberi kesedaran kepada wanita mengenai batang kemaluan bukan ukuran sebenar tahap kepuasan seks. – Gambar hiasan

Fiesta kali pertama itu diilhamkan Ant Smith dan kemudian membentuk kumpulan dikenali sebagai Small Penis User Group sejak 2014 bagi lelaki yang berasa rendah diri kerana batang kemaluan mereka kecil hanya sepanjang kurang 10 sentimeter.

Pada 2014 lalu, sekumpulan saintis antarabangsa turut menjalankan pengukuran zakar normal mengikut negara dan hasilnya batang lelaki Korea adalah paling pendek di dunia iaitu 9.7 sentimeter manakala Congo terpanjang iaitu 18 sentimeter.

Secara purata panjang alat kemaluan lelaki di dunia pada tahun lepas ialah 15 sentimeter dengan batang zakar golongan itu di negara-negara benua Afrika dianggap amat panjang sementara lelaki Asia adalah pendek berbanding Eropah. – Agensi/MYNEWSHUB


0 Komentar untuk "Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info