Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Mesti Baca!! Lepas Ni Wanita Perlu Fikirkan Ini

(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat

KESELAMATAN isu utama selain kesihatan. Wanita perlu berani untuk jaga diri sendiri.

SHUHADA MANSOR mahu gadis cekal dan tidak mudah lemah. Jangan disebabkan istilah ‘perempuan makhluk lemah’ menjadikan kita terlalu bergantung kepada orang lain. Gen Y ada cara untuk anda tingkatkan jati diri.
Tidak salah berasa takut apatah lagi jika anda seorang wanita. Namun, ketakutan itu perlu ditangani dengan perkara yang sewajarnya untuk kita menjaga keselamatan diri sendiri.

Bagi si gadis yang suka mengembara atau hidup berdikari sejak kecil, mungkin isu ini bukanlah hal besar kerana anda pasti tahu menjaga keselamatan diri.
Tetapi bagi gadis yang masih tinggal dengan keluarga, bersifat manja, mungkin artikel ini dapat memberikan anda idea dalam meningkat­kan semangat untuk menjadi seorang wanita yang lebih berani.

MUDAH JADI MANGSA

Kita sedia maklum sekiranya seseorang itu tidak mempunyai teknik mempertahankan diri pastinya mudah untuk dia menjadi mangsa jenayah.
Bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi statistik kes jenayah seperti dilaporkan media massa kebanyakannya memperlihatkan wanita sebagai mangsa. Memang benar kita tidak boleh menidakkan takdir tetapi sekiranya kita mempunyai asas teknik mempertahankan diri, pasti sedikit sebanyak dapat membantu.

Menurut statistik Indeks Jenayah dikeluarkan Kementerian dalam negeri pada April tahun lalu, difahamkan purata 10 orang dibunuh dan sekurang-kurangnya 45 kes rogol direkodkan setiap minggu.

Kategori jenayah membabitkan ramai kaum wanita adalah ragut. Dilaporkan, terdapat 57 kes ragut setiap ming­gu dan 405 kes pecah rumah direkodkan.
Secara keseluruhan, purata 15 kes jenayah berlaku setiap jam, 368 kes jenayah sehari, 2,594 kes jenayah seminggu dan 11,023 kes jenayah direkod­kan setiap bulan! Bukankah ia isu yang cukup membimbangkan?
Persoalannya, apa yang perlu kita lakukan?

BELAJAR TEKNIK MEMPERTAHANKAN DIRI
Cara terbaik untuk kekal selamat adalah dengan memiliki teknik mempertahankan diri. Belajar beberapa asas seni ini supaya anda boleh mengelakkan serangan yang mung­kin berlaku ke atas anda. Bukan untuk tunjuk pandai, tetapi persediaan ini mampu memberikan keyakinan pada diri untuk keluar dan berasa selamat.
Gen Y cadangkan beberapa seni mempertahankan diri yang terbaik untuk si gadis!

Brazilian Jiu Jitsu - Teknik bergelut yang ditawarkan oleh seni bela diri ini terbukti bermanfaat bagi wanita. Gang­guan seksual dari segi serangan biasanya terjadi ketika posisi terbaring dan wanita seringkali jatuh ke tanah.
Brazilian Jiu Jitsu antara yang terbaik dipelajari khususnya kaum wanita mempertahankan diri dalam keadaan terjatuh.

Aikido Aikido - adalah seni bela diri yang berasal dari Jepun. Kebanyakan seni bela diri biasanya mengajar cara mempertahankan diri ketika diserang dalam keadaan berdiri. Namun Aikido melatih kemampuan untuk membalikkan kekuatan lawan dan menggunakannya untuk melumpuhkan mereka. Seni bela diri terpilih antara bermanfaat bagi wanita tidak memerlukan kekuatan seperti lelaki. Ia mengajar pel­bagai teknik lolos daripada serangan.

Taekwondo – Berasal dari Korea selain menjadi salah satu olahraga bela diri yang popular seluruh dunia. Taekwondo sendiri bermaksud “seni menendang dan meninju.” Untuk mempelajarinya, ia memiliki beberapa teknik penting yang berbeza. Teknik ini lebih berkesan kepada wanita kerana lebih fokus pada menendang. Lelaki memiliki kekuatan tubuh di bahagian atas yang lebih besar dibanding wanita, dan ini mampu membuat wanita mudah kalah jika diserang. Dengan teknik tendangan Taekwondo, kita pasti mampu mengalahkan kekuatan lelaki.

BERHATI-HATI DENGAN MEDIA SOSIAL
Ramai dalam kalangan remaja suka memuat naik gambar tanpa memikirkan akibatnya. Gambar seksi antaranya perlu dielakkan kerana ia mudah disalah guna oleh orang lain. Antara tips menjaga keselamatan diri membabitkan media sosial adalah dengan memastikan privasi akaun anda tidak mudah diakses oleh individu tidak dikenali.
Meskipun rakan baik sendiri, jangan sewenang-wenangnya memberikan kata laluan. Dalam dunia serba maju dengan teknologi ini, keselamatan alam siber ada kalanya isu yang perlu dititik beratkan. Jangan biarkan diri terdedah kepada bahaya tanpa kita sedari ia disebabkan kelalaian sendiri.



baca selanjutnya DISINI...


ARTIKEL MENARIK:










0 Komentar untuk "Mesti Baca!! Lepas Ni Wanita Perlu Fikirkan Ini"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info