Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Mayat Kevin Morais Dijumpai Dalam Tong Drum Konkrit Dipercayai Dibunuh Seorang Doktor Tentera

(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii

9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem

 31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat


morais 2
Mayat Kevin Morais Dijumpai Dalam Tong Drum Konkrit Dipercayai Dibunuh Seorang Doktor Tentera|Kevin Anthony Morais yang telah hilang sejahk 12 hari lepas telah ditemui mayatnya dalam drum konkrit di isi USJ1 subang jaya .
polis mengesahkan 7 orang telah ditahan termasuk seorang doktor tentera semalam.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek utama telah membawa polis ke kawasan paya, di mana dram, yang mengandungi badan Morais, telah dibuang .
Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.
20150916tong.transformed_0
"Kami percaya ia ada kaitan dengan kes di mahkamah Shah Alam di mana Morais terlibat. Suspek itu terbabit dalam kes rasuah yang mana Morais merupakan pendakwanya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Morais, yang bertugas dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September lalu selepas dia meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata minggu lepas, polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada laporan orang hilang kepada penculikan berdasarkan rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di Kuala Lumpur.
mayat morais
Rakaman itu menunjukkan kereta Morais dirempuh sebuah kereta lain di sebatang jalan di ibu kota sebelum dipandu pergi beberapa lelaki.
Mohmad berkata, polis menemui mayat itu selepas berjaya memecahkan tong itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.
"Mayat itu, yang disumbat dalam karung guni, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, yang akan dilakukan pada jam 2 petang," katanya.
Suspek termasuk seorang wanita dan kanak-kanak, tetapi Mohmad berkata kedua-duanya tidak terlibat secara langsung dalam kes itu tetapi turut ditahan bersama mereka yang lain.
morais
"Hanya seorang dari suspek mempunyai rekod jenayah," katanya, sambil menambah, semua suspek ditahan di sekitar Rawang dan Lembah Klang.
Beliau juga berkata, siasatan awal mendapati, suspek utama mengupah suspek lain yang ditahan itu untuk melakukan penculikan. – 16 September, 2015.sumber



baca selanjutnya DISINI...


ARTIKEL MENARIK:










0 Komentar untuk "Mayat Kevin Morais Dijumpai Dalam Tong Drum Konkrit Dipercayai Dibunuh Seorang Doktor Tentera"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info