Berita Hebat!

Berita Paling Hebat !

Padah Perbuatan Wanita INi Akhirnya Terbongkar!!

geng-kangkang


KOTA KINABALU: Polis menahan empat wanita disyaki anggota ‘Geng Kangkang’ yang aktif mencuri susu bayi dan barangan kegunaan harian dengan menyasarkan pasar raya besar di bandar raya ini.


Semua wanita warga asing berumur 30 hingga 42 tahun itu bersama seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun yang disyaki ketua kumpulan berkenaan, ditahan di sekitar Jalan Penampang Lama dekat Luyang, di sini, pada jam 9.30 malam, 6 Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Azhar Hamin, berkata semua suspek ditahan susulan aduan daripada pekerja sebuah pasar raya di Plaza Wawasan dekat sini, pada 20 Julai lalu.

Katanya, susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum berjaya menjejaki semua suspek dan menemui semula pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan jenayah terbabit dengan nilai dianggarkan RM15,000.

“Mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan terbabit sejak Jun lalu dan dipercayai mendalangi lebih 10 kes mencuri barangan keperluan dan mandian seperti susu tepung, berus gigi, syampu, minuman segera, sabun mandi selain pewangi kereta.

“Semua wanita warga asing terbabit yang bergerak secara berkumpulan, menggunakan modus operandi memakai pakaian bersaiz besar sebelum barangan curi dimasukkan melalui celah kangkang dan disorok dalam poket baju yang diubah suai.

“Barangan curi berkenaan dipercayai dijual semula dengan lebih murah berbanding harga di pasar raya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Dalam kes berasingan, polis menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali sebagai Geng Dok susulan penahanan dua lelaki tempatan berumur 23 dan 35 tahun di Alamesra dan Taman Jaya, Sepanggar pada 5 Ogos lalu.

Azhar berkata, kedua-dua suspek disyaki mendalangi lebih 10 kes pecah rumah sekitar daerah ini sejak Januari lalu. – BH Online
0 Komentar untuk "Padah Perbuatan Wanita INi Akhirnya Terbongkar!!"
 
Copyright © 2014 Berita Hebat! - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info